Cari @ Amanz

Laman media sosial nombor satu di dunia ialah Facebook dengan lebih dua bilion pengguna aktif bulanan. Bermula sebagai laman perkenalan di rakan-rakan kolej ia kemudian berubah menjadi laman niaga dan kini mula agresif untuk menjadi platform kandungan video. Hari  ini mereka mengumumkan sedang menguji program menyokong penghasil kandungan seakan Patreon.

Facebook VideoPeminat boleh menyumbang wang secara bulanan kepada penghasilan kandungan kegemaran menerusi sistem yang masih di dalam fasa ujian ini. Sebagai tanda penghargaan, peminat-peminat tegar ini akan menerima lencana khas pada nama mereka serta menerima akses kepada kandungan eksklusif.

Penghasil kandungan juga boleh menghasilkan portfolio hasil kerja mereka bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak jenama tertentu bagi menghasilkan kandungan berbayar atau ditaja. Pihak pengiklanan juga boleh menggunakan portfolio ini untuk mencari penghasil kandungan yang paling cocok dengan jenama mereka.

Ujian sedang dilakukan secara kecil-kecilan bagi melihat keberkesanannya. Jika berjaya di masa hadapan adalah lebih mudah menjadi pendapatan menerusi Facebook akan menjadi semudah di YouTube. Kerjaya sebagai seorang Vlogger dan Influencer di Facebook mungkin boleh menghasilkan pendapatan yang tetap.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd