Cari @ Amanz

PUBG atau PlayerUnknown’s Battlegrounds telah diuji pada peranti mudah-alih melalui apa yang dinamakan PUBG Mobile sejak minggu lepas. Kini, selang seminggu, pihak penerbitnya kini telah menawarkan permua berkenaan untuk pemain seluruh dunia di Android dan iOS.

PUBG Mobile

Melalui permua ini, ia menawarkan bentuk permainan tembak-menembak pandang ketiga – dimana pemain akan perlu bersaing dengan sekitar 100 pemain lain, dan perlu menjadi yang terakhir kekal untuk menjadi pemenang. Permainan asalnya ditawarkan untuk PC sejak tahun lepas, dan telah mempopularkan permainan genre Battle Royale.

PUBG Mobile

PUBG Mobile

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permainan ini di Google PlayStore dan Apple AppStore hari ini – sekaligus memainkannya pada peranti mudah-alih secara percuma hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd