Gambar Acah Terbaru Untuk Mi Mix 2S Memperlihatkan Skrin Tanpa Takuk

Gambar Acah Terbaru Untuk Mi Mix 2S Memperlihatkan Skrin Tanpa Takuk

Diterbitkan pada Mac 20, 2018 oleh .

Xiaomi bakal memperkenalkan telefon pintar Mi Mix 2S secara rasminya pada minggu hadapan, dan selari dengannya, beberapa gambar acah untuk telefon pintar berkenaan kini telah hadir ke arena web.

Namun, apa yang mengejutkan adalah dimana Mi Mix 2S dilihat akan mengekalkan rekaan sama seperti Mi Mix 2 sebelum ini, dan ia tidak menyertakan sebarang takuk seperti beberapa desas-desus sebelum ini.

Xiaomi Mi Mix 2S

Dari segi spesifikasi yang tertiris sebelum ini, Mi Mix 2S dikatakan bakal hadir dengan cip Snapdragon 845, memori sehingga 8GB RAM – dan turut menyertakan pengoptimasian pada bahagian kamera.

Kita mungkin akan melihat jawapan penuh dan bagaimanakah Mi Mix 2S akan kelihatan secara rasminya pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN