Cari @ Amanz

Xiaomi bukan sahaja syarikat yang mengeluarkan telefon pintar, mereka turut mempunyai aksesori dan gajet-gajet untuk rumah pintar. Semalam kami laporkan, Xiaomi melancarkan tempat duduk tandas pintar dengan bidet dan pemanas punggung. Laporan terkini mengatakan, Xiaomi turut akan melancarkan speaker pintar mini bersama-sama dengan Mi Mix 2S pada minggu hadapan.

Ini bukan pembesar suara pintar pertama mereka, malah sebelum ini Xiaomi pernah melancarkan pembesar suara pintar Xiaomi Mi AI. Xiaomi Mi AI ini adalah pesaing kepada Google Home dan Amazon Echo. Pembesar suara pintar terkini Xiaomi ini adalah versi mini daripada yang sedia ada. Seperti Google Home, mereka ada versi mini mereka Google Home Mini manakala Amazon Echo pula mempunyai Echo Dot.

Kekurangan pada pembesar suara pintar Xiaomi ini adalah, ia hanya menyokong bahasa Cina dan tidak boleh diintegrasikan bersama-sama dengan Google Assistant mahupun Amazon Alexa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd