Cari @ Amanz

Stephen Hawking menghembuskan nafas terakhir minggu lalu beliau selepas bertarung dengan penyakit ALS selama lebih lima dekad. Walaupun sudah lama uzur, beliau masih lagi gigih menghasilkan kertas kerja sehingga ke akhir hayat. Kertas kerja terakhir beliau berjaya dihabiskan dua minggu yang. Menarik sekali ialah ia berkenaan ramalan bagaimana alam semesta akan berakhir serta teknik yang boleh digunakan bagi mencari dunia pelbagai dimensi (alternate-universe).

AngkasaMenurut Hawking, alam semesta diramalkan akan “kiamat” selepas kesemua bintang kehabisan tenaga untuk bergerak. Ini adalah berbeza dari teori popular Big Crunch dimana alam semesta akan kembali menjadi satu selepas mengembang pasca Big Bang. Ramalan kedua beliau pula ialah dunia berlainan dimensi boleh dikesan menggunakan proba dan kapal angkasa di masa hadapan.

Dua ramalan beliau ini kini sedang menjalani proses penilaian sejawat  (peer reviewed) oleh beberapa journal saintifik. Melakukan ramalan adalah perkara biasa di dalam dunia sains. Teori Relativiti dan Radiasi Hawking hanyalah ramalan di dalam kertas kerja sebelum berjaya dibuktikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd