Google Sedang Menyediakan Shopping Assistant Memudahkan Peniaga Menjual Produk

Google Sedang Menyediakan Shopping Assistant Memudahkan Peniaga Menjual Produk

Diterbitkan pada Mac 20, 2018 oleh .

Membeli-belah dalam talian adalah satu perkara yang sangat memudahkan. Pelanggan tidak perlu membazir minyak dan tenaga, hanya beberapa klik dalam peranti produk yang mereka beli terus sampai di rumah. Menggunakan konsep membeli-belah dalam talian, Google sedang menyiapkan Shopping Assistant untuk mebeli-belah dengan hanya arahan suara.

Menurut Google, sebanyak 85% peratus carian dalam tempoh 2 tahun pengguna membuat carian “di mana saya boleh beli/cari produk …” dan 44% pengguna membeli belah menggunakan arahan suara melalui pembesar suara pintar.

Shopping Assistant membenarkan pengguna membeli belah melalui Google Assistant dan juga Google Express. Peniaga boleh mengintegrasikan kedai mereka melalui Shopping Assistant dan memudahkan pelanggan mereka membeli-belah.

Selain itu, program kesetiaan pelanggan peniaga juga turut boleh digunakan. Google akan mengenalpasti produk yang kerap seseorang pelanggan itu beli dan akan mencadangkan produk yang sama atau yang hampir sama kepada mereka melalui iklan Google atau laman carian Google.

Fungsi Shopping Assistant ini hanya terdapat di Amerika Syarikat dan Google bakal bekerjasama dengan beberapa pusat membeli-belah terkenal untuk mengintegrasikan fungsi ini. Melalui fungsi ini, Google bukan sahaja menjana wang melalui komisen tetapi juga mempromosikan produk para peniaga.


TIPS & ULASAN