Cari @ Amanz

Storan digital yang hadir dengan kapasiti berpuluh-puluh gigabyte bukanlah sesuatu yang baru. Tidak kira samada ia storan cakera keras ataupun SSD, saiz storan-storan ini akan terus meningkat setiap tahun, terima kasih kepada perkembangan teknologi memori.

Terkini, syarikat Nimbus Data, sebuah jenama yang cukup popular didalam industri pembuatan data baru sahaja mengumumkan kehadiran storan SSD terbaru mereka, yang dinamakan ExaDrive DC100, yang hadir dengan storan sebesar 100TB.

ExaDrive DC100 ini menggunakan teknologi 3D NAND yang cukup popular dikalangan pembuat storan antarabangsa, termasuklah Toshiba, Seagate, Samsung dan Western Digital oleh kerana kebolehannya untuk meningkatkan jumlah storan dan mengekalkan harga pasaran sebelum ini.

SSD ini hadir dengan rekaan 3.5 inci yang biasa hadir di dalam SSD-SSD yang lain, disamping menggunakan sambungan SATA III 6.0Gbps, yang mempunyai kelajuan penghantaran data 500MB/s dan 100,000 IOPS.

ExaDrive DC100 ini kini sedang diuji oleh beberapa syarikat pengendali komputer pelayan untuk tujuan big data, komputer awanan dan sebagainya.

SSD ini juga hadir dengan waranti selama 5 tahun, disamping hadir dengan beberapa ciri keselamatan seperti ECC, teknologi penyulitan dan ciri pemadaman data yang selamat untuk memastikan maklumat anda selamat. Selain dari itu, ia juga hadir dengan MTBF (Mean Time Before Failure) 2.5 juta jam.

SSD ExaDrive DC100 ini bakal hadir dengan pilihan storan 50GB dan 100GB sedang diuji oleh beberapa pusat data, dan akan mula dijual pada pertengahan 2018 kelak. Harga untuk kedua-dua model SSD ini masih belum diumumkan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd