Cari @ Amanz

Kebiasaannya peranti-peranti dengan binaan dan kemasan premium terdapat pada peranti kelas utama. Rekaan yang premium juga mempunyai kualiti dan binaan yang kukuh seperti Essential Phone dengan sisi diperbuat daripada Titanium dan panel belakang daripada seramik.

Peranti terkini Samsung, Galaxy S9 masih kekal menggunakan sisi aluminium dan panel belakang kaca yang sama dari Galaxy S6 sehingga S8. Membezakan pembinaan setiap peranti Galaxy ini adalah tahap ketahanan peranti apabila terjatuh, calar pada skrin dan pecah atau tidak apabila terkena satu impak yang kuat.

SquareTrade sebuah syarikat yang terkenal dengan memberi jaminan tambahan peranti telah menguji dan membandingkan tahap ketahanan Samsung Galaxy S9 dengan Galaxy S8. Mereka mendapati, Galaxy S9 tahan ketahanan S9 hanya sedikit lebih baik berbanding Galaxy S8. Ini selepas beberapa ujian dilakukan menggunakan kedua-duaperanti. Antara ujian yang dilajukan adalah menjatuhkan skrin di bawah, badan belakang, sisi dan banyak lagi.

Peranti dengan panel belakang kaca agak sukar untuk mengukuhkan binaannya daripada retak atau calar. Seperti Samsung, mereka gemar menggunakan kaca pada peranti utama mereka dan skrin Infinity Display mereka pula mempunyai kaca yang melengkung sehingga ke sisi menjadikan ia lebih sukar untuk tahan daripada sebarang impak.

 

Seperti yang kami nyatakan di dalam ulasan Samsung Galaxy S9+, penggunaan kerangka tahan lasak adalah amat wajah kerana permukaan kaca yang besar pada peranti ini. Pada waktu yang sama permukaan yang amat licin meninggikan kebarangkalian ia terjatuh ketika dipegang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd