Cari @ Amanz

Pada zaman kegemilangan peranti-peranti Nexus, bukan telefon pintar sahaja dilancarkan oleh Google. Mereka turut memperkenalkan Nexus Player iaitu peranti penstriman media berasaskan Android TV. Google sudahpun menamatkan sokongan Nexus Player dengan kemaskini Android Oreo 8.0 sebagai kemaskini terakhir.

Tetapi kini terdapat petanda bahawa pewaris kepada Nexus Q mungkin sedang dibangunkan. Commit AOSP menampakkan barisan kod mengenai Android Q. Barisan kod Android Q ini diuji pada peranti Taimen iaitu Google Pixel 2 XL dan elfin satu peranti misteri. Peranti misteri itu dijangka adalah pewaris kepada Nexus Player. Ini kerana barisan kod Android Q ini terdapat pepijat WifiConfigManager yang terkesan kepada dua peranti iaitu fugu dan elfinFugu adalah kod nama untuk Nexus Player dan adakah elfin menjadi pewaris kepada Nexus Player?

Google sudah lama mengalihkan fokus daripada Nexus Player kepada peranti penstriman mereka yang lain seperti Google Chromecast dan Google Chromecast Audio. Elfin  mungkin adalah pewaris kepada Nexus Player dan mungkin juga tidak. Apa yang pasti peranti ini akan dijalankan dengan Android Q.

Google sudahpun menamatkan program Nexus dan menggantikannya dengan Pixel. Adakah pewaris Nexus Player akan datang akan dinamakan sebagai Pixel Player? Projek ini masih lagi dalam bentuk pembinaan barisan kod dan produk ini mungkin akan hadir di masa hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd