Cari @ Amanz

Salah satu ciri yang paling menarik yang diperkenalkan oleh Apple pada peranti iPhone X tahun lepas ialah Face ID, yang menggunakan teknologi kamera dengan sistem imbasan wajah 3D yang menjanjikan imbasan yang tepat dan selamat digunakan untuk pelbagai benda, termasuklah menyahkunci telefon, memuat-turun aplikasi melalui App Store dan juga membayar menggunakan Apple Pay.

Peniruan teknologi diantara jenama pembuat peranti bukanlah sesuatu yang baru, akan tetapi, nampaknya syarikat-syarikat yang ingin menggunakan sistem imbasan wajah 3D ini perlu menunggu sehingga tahun 2019 untuk mengimplementasikan teknologi tersebut kedalam peranti mereka.

Ini adalah kerana menurut syarikat-syarikat pembekal komponen sepertiĀ Viavi Solutions Inc, Finisar Corp dan Ams AG, bekalanĀ vertical-cavity surface-emitting laser, ataupun VCSELs, komponen utama yang digunakan untuk menggerakkan teknologi Face ID Apple sangat rendah, kemungkinan besar kerana Apple sudahpun memborong kebanyakannya untuk peranti-peranti mereka yang akan hadir di pasaran pada tahun ini dan tahun hadapan.

Viavi Solutions adalah salah satu daripada sekumpulan syarikat kecil yang mampu mengilang sejumlah besar daripada penuras optikal yang diperlukan untuk sistem imbasan 3D ini.

Seorang jurucakap daripada syarikat tersebut, Bill Ong menyatakan bahawa satu sahaja syarikat pembuat peranti Android yang akan hadir dengan sistem pengimbas 3D ini, akan tetapi peranti ini dikatakan akan hadir dalam jumlah yang sedikit sahaja kerana bekalan penuras optikal yang akan kekal rendah sehingga tahun hadapan.

Gartner pula melaporkan bahawa menjelang 2021 kelak, 40 peratus daripada peranti-peranti yang akan hadir di pasaran akan menggunakan sistem imbasan wajah 3D ini, yang juga boleh digunakan untuk sistem augmented reality seperti yang digunakan pada peranti ASUS ZenFone AR.

Apa-apa pun, nampaknya kebanyakan pembuat peranti Android perlu menunggu selama setahun sebelum mereka boleh menggunakan teknologi yang sama pada peranti mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd