Cari @ Amanz

Saya seorang pengguna tegar peranti Android. Sejak November lalu saya mula menggunakan sebuah iPhone X dan Galaxy Note 8 sebagai peranti kegunaan harian. Apa yang kami sedari adalah dari segi ketahanan bateri, iPhone X lebih tahan lama berbanding Note 8 walaupun mempunyai saiz bateri yang lebih kecil. Ketahanan bateri ini turut boleh dilihat pada produk Apple yang lain seperti MacBook dan iPad.

Di masa hadapan ketahanan bateri peranti Apple mungkin akan semakin jauh kehadapan. Firma Sila Nanotechnologies sedang membangunkan bateri berteknologi Lithium-Silikon yang menurut mereka mempunyai sehingga 30% kapasiti berbanding bateri Li-ion dengan saiz yang sama. Ujian masih lagi dilakukan kerana masalah bateri yang menggunakan silikon sebagai anod ialah ia mudah terhakis sekaligus memendekkan hayat bateri.

Sila Nanotechnologies membangunkan teknologi batreri ini untuk kegunaan kenderaan elektrik. Tetapi syarikat ini ada menerima dana dari Apple jadi terdapat kebarangkalian ia mungkin digunakan pada peranti keluaran mereka di masa hadapan. Dengan kapasiti bateri yang lebih tinggi dengan saiz yang sama, peranti-peranti keluaran Apple pastinya akan bertahan lebih lama.

Pengeluar lain seperti Samsung dan Oppo mempunyai penyelesaian yang berbeza terhadap hayat penggunaan yang rendah. Banyak dana dibelanjakan untuk membangunkan teknologi pengecasan pantas yang membolehkan bateri dicas dalam masa yang amat singkat. SuperVOOC misalnya boleh mengecas bateri sepenuhnya dalam masa 15 minit.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd