Carian
Aplikasi Sebenarnya Dilancarkan Untuk Pengguna Peranti Android
March 21, 2018 Aman

Sebenarnya merupakan salah satu inisiatif daripada SKMM dalam usaha mengurangkan dan mengatasi masalah penularan berita palsu. Pada tahun lepas, portal Sebenarnya telah dilancarkan secara rasminya, dan kini pihak SKMM turut telah melancarkan aplikasi mudah-alih untuknya bagi pengguna Android.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh mengikuti pelbagai perkembangan semasa dan menyemak sesuatu berita yang tersebar itu palsu atau tidak terus pada peranti mudah-alih mereka.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Sebenarnya ini di Android, dan menggunakannya dalam menyemak sebarang berita palsu atau fitnah yang menular di laman sosial. Versi iOS dijangka menyusul dalam masa terdekat ini.

Komen