Cari @ Amanz

Berita palsu ialah terma yang kita dengar setiap hari di kaca tv, dada akhbar dan corong radio. Lumrah manusia moden ialah mereka terlalu mudah menyebarkan berita tanpa mengesahkannya terlebih dahulu di media sosial. Di dalam situasi begini, sumber berita yang sah amatlah perlu tetapi majoritinya memerlukan langganan untuk dibaca dan setiap laman memerlukan pengguna mengisi borang langganan atas talian yang agak panjang.

Subscribe with Google ialah inisiatif Google untuk memudahkan proses melakukan langganan berita berbayar. Melalui program ini pengguna boleh melanggan ke beberapa laman berita berbayar dengan menggunakan akaun Google mereka. Segala maklumat perbankan dan peribadi yang selalunya perlu diisi telahpun tidak perlu diisi oleh pelanggan. Ia semudah menekan butang “subsribe”  yang terpapar pada skrin apabila melanggan portal berbayar. Apabila carian berita menerusi Google dilakukan, terdapat tab khas untuk memaparkan berita dari sumber yang telah dilanggan.

Buat masa ini Subscribe with Google menyokong langganan Les Échos, Fairfax Media, Le Figaro, the Financial Times, Gatehouse Media, Grupo Globo, The Mainichi, McClatchy, La NaciónThe New York Times, NRC Media, Le Parisien, Reforma, la Republica, The Telegraph, USA TODAY NETWORK danThe Washington Post. Ia akan ditawarkan ke lebih banyak laman di masa hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd