Cari @ Amanz

Kurang seminggu sahaja lagi sebelum Huawei P20 dilancarkan secara rasmi. Tiada lagi rahsia mengenai spesifikasi dan rekaan untuk kesemua peranti yang akan dilancarkan kelak kerana kesemuanya telah tertiris. Jika semalam spesifikasi kamera P20 Pro tertiris, hari ini terdapat maklumat mengenai sistem pembayaran mudah alih Huawei Pay pula.

Menurut laporan XDA-Developer, apabila firmware untuk Huawei P20 versi Eropah diperiksa, mereka menemui sokongan sistem Huawei Pay terbina. Huawei Pay ialah sistem pembayaran mudah alih seperti Samsung Pay dan Apple Pay tetapi setakat ini hanya disokong di China.

Penemuan ini memberikan petanda mungkin  Huawei Pay akan dilancarkan ke pasaran Eropah serentak dengan pelancaran P20. Tidak mengejutkan jika ini adalah langkah pertama untuk pelancaran secara global kelak seperti yang dilakukan oleh Samsung sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd