Cari @ Amanz

Dengan hanya sebuah kamera web dan pautan internet yang pantas, sesiapa sahaja boleh mempunyai “saluran TV” mereka sendiri. Teknologi yang dahulunya memerlukan perbelanjaan jutaan ringgit kini boleh diakses oleh semua. Hari ini YouTube akhirnya mengaktifkan sokongan penstriman secara langsung menerusi desktop tanpa perlu menggunakan perkakasan tambahan seperti ElGato. Sebelum ini ia hanya diuji pada sebilangan kecil pengguna.

Mereka yang ingin melakukan penstriman langsung menerusi komputer desktop hanya perlu ke pautan  youtube.com/webcam. Akaun mereka kemudian akan diperiksa kelayakannya dan ujian ke atas kamera web akan dilakukan. Sekiranya mereka melepasi kedua-dua ujian, butang Go Live boleh diakses dan fungsi penstriman langsung diaktifkan. Hanya pelayar web Chrome menyokong penstriman langsung YouTube buat masa ini tetapi Google akan menambah pelayar web lain dalam masa terdekat.

YouTube turut mengumumkan sokongan penstriman video secara langsung dari terus dari aplikasi kamera. Fungsi ini akan diaktifkan secara berperingkat dalam bulan-bulan mendatang. Peranti keluaran Asus, LG, Motorola, Nokia dan Samsung adalah yang terawal akan menerima fungsi ini.

Menarik sekali fungsi penstriman langsung terus dari aplikasi kamera ini pernah disokong pada peranti Samsung dan Sony Xperia tetapi tidak lagi wujud pada peranti lebih baru. Ia mungkin kerana Google ingin menyeragamkan antaramuka pada kesemua peranti Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd