Cari @ Amanz

Pengasas bersama aplikasi permesejan popular, WhatsApp, iaitu Brian Acton hari ini berkongsi tweet mengatakan sudah tiba masanya untuk memadam akaun Facebook.

Untuk makluman, WhatsApp telah diambil-alih oleh Facebook, sekaligus membolehkan Brian Acton menjana kekayaan mencapai lebih $6 bilion. Brian Acton sendiri telah keluar daripada Facebook pada tahun ini, dan memulakan yayasan tersendiri dan melabur pada aplikasi Signal.

Inisiatif #deletefacebook kini kembali diperkatakan ramai disebabkan oleh penyalah-gunaan data pengguna Facebook oleh Cambridge Analytica, selain pada masa yang sama menimbulkan kerisauan privasi dikalangan pengguna.

Seperti ramai sedia maklum, selain perkhidmatan Facebook sendiri, gergasi laman sosial berkenaan turut memiliki beberapa perkhidmatan popular lain, termasuk Instagram dan WhatsApp.

Bagi anda sendiri, adakah anda akan memadam akaun Facebook anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd