Telegram Diarahkan Untuk Memberi Kunci Penyulitan Kepada Kerajaan Rusia

Telegram Diarahkan Untuk Memberi Kunci Penyulitan Kepada Kerajaan Rusia

Diterbitkan pada Mac 21, 2018 oleh .

Telegram adalah aplikasi permesejan serba boleh. Ia mempunyai banyak ciri yang berguna yang memudahkan pengguna. Telegram juga mempunyai sekuriti yang agak menarik seperti penyulitan perbualan antara pengguna dan memadam mesej secara automatik.

Telegram Live Location

Semalam Telegram diarahkan untuk memberi kunci penyulitan pengguna mereka kepada kerajaan Rusia. Mereka pernah membuat rayuan kepada mahkamah tetapi tidak berjaya. Perkara ini berlaku kerana Presiden Rusia, Vladimir Putin inginkan mengakses data komunikasi digital rakyat negara ini untuk mengelakkan isu pengganas.

Telegram pernah disaman $14,000 (~RM54,957) pada 2016 kerana enggan memberi maklumat pengguna mereka kepada kerajaan Rusia. Telegram masih mempertahankan hak pengguna mereka dan tidak akan sama sekali memberikan sebarang data pengguna kepada kerajaan Rusia.

Jika Telegram enggan memberi data ini, perkhidmatan mereka mungkin akan disekat di Rusia dan memberi beban kepada 9.5 Juta pengguna aktif mereka.


TIPS & ULASAN