Cari @ Amanz

Jenama telefon Blackberry tidak lagi gah seperti zaman Blackberry Bold atau Blackberry Curve dahulu. Tetapi mereka tidak mengalah dengan mengikuti trend terkini dengan melancarkan pelbagai siri telefon pintar yang memfokuskan kepada sekuriti.

Blackberry telahpun melancarkan Fan League iaitu program kesetiaan untuk pengguna peranti mereka. Program ini merupakan aktiviti cabaran sosial media seperti memuat naik status di sosial media dari peranti Blackberry, menghasilkan kandungan asli mengenai Blackberry, menjawab soalan kaji selidik dan menjemput rakan lain menyertai program ini.

Apabila pengguna berjaya melakukan cabaran-cabaran ini mereka akan menerima mata yang boleh dikumpul untuk menebus hadiah seperti topi Blackberry, baju, cawan atau juga telefon pintar terkini mereka Blackberry KEYone.

Pengguna Blackberry yang berminat hanya perlu pergi ke laman rasmi Blackberry Fan League dan log masuk menggunakan Facebook ataupun Twitter.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd