Huawei Dan Linaro Melancarkan Papan Pembangunan Berspesifikasi Tinggi HiKey 970
Artikel Berkaitan

Huawei Dan Linaro Melancarkan Papan Pembangunan Berspesifikasi Tinggi HiKey 970

Diterbitkan pada Mac 21, 2018 oleh .

Papan pembangunan yang popular berada di pasaran adalah Raspberry Pie. Mereka terkenal kerana harga yang ditawarkan adalah serendah $35 (~RM138). Papan pembangunan ini memberi peluang kepada pembangun untuk membina pelbagai gajet.

Huawei dan Linaro juga tidak mahu ketinggalan dan melancarkan HiKey 970, pewaris kepada HiKey 960 yang dilancarkan pada tahun 2016. Berbeza dengan Raspberry Pie, HiKey menggunakan cip pemprosesan berspesifikasi tinggi dan bukannya cip pemprosesan asas.

HiKey 970 dikuasakan dengan HiSilicon Kirin 970 iaitu cip pemprosessan 8 teras dengan 4-teras ARM Cortex-A73 dan 4-teras ARM Cortex-A53 digabungkan dengan grafik Mali-G72MP12. HiKey 970 juga mempunyai RAM sebesar 6GB dengan sokongan kad mikroSD, meyokong paparan 4K melalui port HDMI, 2 port USB-A 3.0, 2 port USB-C dan menyokong sistem operasi Android, Ubuntu dan Debian.

Papan pembangunan ini mempunyai spesifikasi yang sama dengan Huawei Mate 10 Pro, Huawei Mate 10 dan juga Honor View 10. HiKey 970 ini juga mempunyai cip kecergasan buatan yang akan membantu sistem operasi yang dipasang pada papan pembangunan ini berjalan dengan lebih lancar.

HiKey 970 ini akan mula dijual pada pertengahan bulan April 2018 dan para pembangunan yang berminat boleh membelinya pada harga $239 (~RM934).


TIPS & ULASAN