Lenovo Melancarkan Jam Tangan Hibrid Lenovo Watch 9

Lenovo Melancarkan Jam Tangan Hibrid Lenovo Watch 9

Diterbitkan pada Mac 21, 2018 oleh .

Jam tangan hybrid adalah jam tangan analog dengan ciri-ciri pintar. Ia kelihatan seperti jam tangan biasa tetapi boleh memaparkan notifikasi, mengira jejak perjalanan pengguna, menyemak kalori dan pelbagai ciri yang terdapat pada sebuah penjejak kesihatan.

Lenovo melancarkan Lenovo Watch 9 dengan tanda harga hanya RMB129 (~RM80). Ia dibina dengan bahan yang premium seperti nilam untuk permukaan jam, tali silikon dan juga kerangka besi. Lenovo turut menyatakan jam ini kalis air pada tahap kedalaman 50 meter.

Jam tangan ini boleh disambungkan dengan telefon pintar melalui aplikasi mereka tersendiri dan ia menyokong Android dan juga iOS. Antara ciri menarik adalah mengambil gambar dengan hanya menggoncangkan jam.

Jam tangan ini akan mula dijual pada 23 Mac 2018 dan Lenovo menawarkan dua warna iaitu hitam dan putih.


TIPS & ULASAN