Xiaomi Berkongsi Lebih 30 Model Telefon Yang Akan Menerima Kemaskini MIUI 9.5

Xiaomi Berkongsi Lebih 30 Model Telefon Yang Akan Menerima Kemaskini MIUI 9.5

Diterbitkan pada Mac 21, 2018 oleh .

Xiaomi telah menawarkan kemaskini sistem operasi MIUI 9 sejak beberapa bulan lepas, dan kini pihak Xiaomi turut telah mengumumkan sejumlah model peranti yang akan menerima kemaskini MIUI 9.5 bermula daripada bulan ini.

MIUI 9.5

MIUI 9.5 menawarkan beberapa pembaharuan pada antaramuka yang ditawarkan oleh Xiaomi ini, termasuk sokongan membalas mesej daripada notifikasi, kemudahan untuk melihat pelbagai info tambahan terus melalui panel notifikasi, dan sejumlah ciri-ciri baru yang lain.

Kemaskini MIUI 9.5 ini akan mula ditawarkan bermula penghujung bulan ini untuk Redmi Note 3, RedmiNote 4, Mi Max, Mi Max Prime, Redmi 3S, Redmi 4 Prime, Redmi 4A dan juga Redmi Note 4 MTK.

Pada bulan April kelak, Xiaomi akan menawarkan kemaskini sama untuk Redmi Note 5A Prime, Redmi Note 5A, Redmi 5A, Redmi 5 Plus, Redmi Note 5, Redmi 5, Mi Max 2, Mi 5, Redmi 4X, Mi 6, dan juga Mi Mix 2.

Dan pada penghujung April pula, Xiaomi menyasarkan pengenalan MIUI 9.5 untuk Mi Note 2, Mi 5s, Mi Mix, Mi Note 3, Mi 5s Plus, Redmi Note 2, Redmi 3, Redmi 4, Mi 3, dan juga Mi 4.


TIPS & ULASAN