Leica Bekerjasama Dengan Master & Dynamic Bagi Menghasilkan Kelengkapan Audio Untuk Peminat Fotografi

Leica Bekerjasama Dengan Master & Dynamic Bagi Menghasilkan Kelengkapan Audio Untuk Peminat Fotografi

Diterbitkan pada Mac 21, 2018 oleh .

Leica ialah jenama yang amat sinonim dengan dunia fotografi. Jadi adalah sedikit aneh apabila mereka mengumumkan koleksi Master & Dynamic For 0.95 Silver Edition. Ia terdiri daripada fon kepala tanpa wayar MW60, fon kepala berwayar MH40 dan fon telinga ME05.

Ketiga-tiga aksesori audio ini mempunyai rekaan yang diinspirasikan oleh rekaan kamera Leica Noctilux-M 50mm f/0.95 ASPH. Dari segi spesifikasi MW60 dilengkapi pemandu audio sebesar 45mm dengan kemampuan bateri bertahan selama 15 jam. MH40 pula mempunyai spesifikasi yang sama dengan MW60 cuma tanpa sokongan Bluetooth. Akhir sekali ME05 dilengkapi pemandu audio sebesar 8mm. Dengan estetik menghampiri kamera Leica, ketiga-tiganya mensasarkan peminat fotografi yang juga memerlukan kelengkapan audio yang baik.

Harga jualan MW60 ialah $549 (~RM 2155), MH40 pula pada harga $399 (~RM 1566) dan akhir sekali ME05 pada harga $199 (~RM 781).


TIPS & ULASAN