Tencent Membuat Pelaburan Pada Ubisoft – Vivendi Membatalkan Hasrat Mengambil-Alih

Tencent Membuat Pelaburan Pada Ubisoft – Vivendi Membatalkan Hasrat Mengambil-Alih

Diterbitkan pada Mac 21, 2018 oleh .

Ubisoft merupakan salah satu penerbit permainan popular, terkenal dengan permainan seperti Assassin’s Creed, Far Cry, Watch Dogs, Prince of Persia, Tom Clancy’s dan sebagainya.

Ubisoft merupakan antara penerbit permainan terkemuka dunia, dan hal ini menjadikan mereka turut menjadi sasaran pihak Vivendi untuk mengambil-alih syarikat mereka.

Vivendi sebelum ini mempunyai pegangan sebanyak 27.3% pada syarikat mereka, dan mencuba untuk mengambil-alih Ubisoft dengan membeli sedikit demi sedikit saham Ubisoft. Vivendi sebelum ini telah berjaya melakukan perkara sama dengan mengambil-alih Gameloft pada 2016 yang lepas.

Namun, kini hasrat pengambil-alihan Ubisoft oleh Vivendi dilihat telah dihentikan. Hal in kerana Ubisoft telah memeterai perjanjian dengan Vivendi untuk tidak membeli saham Ubisoft untuk tempoh 5 tahun akan datang.

Sebagai ganti pihak Tencent akan mengambil-alih sejumlah daripada pegangan saham Vivendi sebelum ini, selain beberapa pelabur yang lain. Tencent hanya mengambil-alih sekitar 5% pegangan sahaja buat masa ini.

Dengan pelaburan ini juga, ia sekaligus menambah Ubisoft dibawah portfolio Tencent. Gergasi dari China berkenaan turut mempunyai pegangan pada Activision-Blizzard, selain mempunyai pegangan majoriti pada Riot Games, Epic Games, dan juga Supercell. Malah mereka turut memegang hak untuk penerbitan beberapa permainan, seperti PUBG.

Dengan pelaburan pada Ubisoft juga, kita mungkin akan melihat permainan keluaran Ubisoft ini dipasarkan dengan lebih meluas di China.

Pelaburan oleh Tencent ini dilihat Ubisoft sebagai pelaburan jangka masa panjang. Tiada sebarang kerusi lembaga pengarah yang diberikan untuk pelaburan baru ini.


TIPS & ULASAN