Kereta Bentley Kini Dilengkapi Sistem Menyimpan Barang Dengan Pengimbas Cap Jari

Kereta Bentley Kini Dilengkapi Sistem Menyimpan Barang Dengan Pengimbas Cap Jari

Diterbitkan pada Mac 21, 2018 oleh .

Pengimbas cap jari sudah menjadi sistem standard yang boleh ditemui pada hampir kesemua telefon pintar. Dengan imbasan biometri, kandungan peranti dapat dihalang dari dilihat hanya oleh pemilik. Sistem imbasan cap jari kini turut boleh ditemui pada tempat simpanan barang kereta mewah keluaran Bentley.

Tempat simpanan barang dengan pengimbas cap jari ini diletakkan pada konsol tengah SUV Bentley Bentayga. Ia diperbuat daripada aluminium bagi memastikan keselamatan barangan yang disimpan. Selain menyimpan barang, ia turut dilengkapi dua port USB dan satu palam elektrik untuk pengecasan.

Dengan wujudnya tempat simpanan ini, pemilik Bentley boleh meletakkan kenderaan dengan selesa tanpa perlu risau kaca mata mewah mereka dicuri jika cermin kenderaan dipecahakan.


TIPS & ULASAN