Cari @ Amanz

Amazon kini telah menandingi Alphabet iaitu syarikat Google dengan menjadi syarikat kedua paling bernilai di Amerika Syarikat. Nilai Amazon terkini ialah $765 bilion (~RM2.9 trilion) iaitu lebih $3 bilion (~RM12 bilion) daripada nilai Alphabet terkini.

Google menjana kewangan melalui pengiklanan laman carian Google dan juga YouTube, tetapi mereka masih tidak boleh menandingi perniagaan Facebook yang kini menjadi platform pengiklanan digital No. 1 di dunia.

Nilai Amazon mula meningkat apabila mereka mula menjana wang melalui kedai-kedai runcit luar talian seperti Whole Food dan juga kedai-kedai jenama Amazon. Mereka juga menjana wang melalui langganan Prime dan juga perkhidmatan pengkomputeran awan Amazon Web Services (AWS). Menurut eMarketer, Amazon turut menjana wang sebanyak $3 Bilion (~RM12 Bilion) melalui pengiklanan digital pada tahun ini.

Walaubagaimanapun, Amazon masih belum boleh menandingi Apple iaitu yang bernilai hampir $900 Bilion (~RM3.5 Trilion) sebagai syarikat yang paling bernilai setakat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd