Cari @ Amanz

Meizu hari ini telah memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar berspesifikasi pertengahan untuk pasaran China, iaitu Meizu E3.

Meizu E3 hadir dengan skrin 5.99-inci dengan paparan HD penuh, menggunakan nisbah skrin 18:9, dijana menggunakan cip Snapdragon 636, dan memori sehingga 6GB RAM.

Meizu E3

Untuk bahagian kamera, ia menggunakan dwi-kamera belakang 12-megapixel + 20-megapixel. Meizu mengatakan ia menawarkan zoom nirhilang sehingga 2.5x. Untuk rakaman selfie, ia menyertakan kamera hadapan 8-megapixel.

Untuk bateri pula, Meizu E3 hadir dengan bateri 3300mAh dengan sokongan pengecasan pantas.

Buat masa ini, peranti ini hanya ditawarkan untuk pasaran China, dimana ia dijual pada harga bermula 1799 Yuan (~RM1115). Ia tidak diketahui lagi sama ada Meizu E3 ini akan memasuki pasaran tempatan atau tidak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd