Carian
Airbnb Bersetuju Untuk Kerjasama Dengan Kerajaan Untuk Cukai Pelancongan
March 21, 2018 Aman

Daripada tahun lepas, kerajaan telah mula memperkenalkan kadar cukai RM10 setiap bilik untuk setiap malam bagi para pelancong asing – yang mana menginap di hotel, rumah tumpangan dan sebagainya. Cukai baru ini dikenakan kepada para pelancong asing yang hadir ke Malaysia, dan bukannya untuk warga tempatan.

Sejak daripada itu, pelbagai perkara telah diperdebatkan mengenai pelaksanaannya untuk Airbnb dan sebagainya.

Kini, bercakap mengenainya, Airbnb mengatakan mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk cukai pelancongan berkenaan.

Buat masa ini, Airbnb dalam fasa memuktamadkan perjanjian dengan kerajaan Malaysia. Dengan perlaksanaannya, cukai pelancongan sebanyak RM10 semalam akan dikenakan kepada ahli Airbnb yang menyewa lima bilik dan ke atas.

Sebelum ini, kementerian kewangan turut telah mengatakan sedang mengkaji mekanisma percukaian terbaik untuk syarikat berasaskan ekonomi digital ini. Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenainya dalam minggu-minggu atau bulan-bulan akan datang.

Komen