Cari @ Amanz

Facebook hari ini menambah beberapa ciri baru pada Messenger, sekaligus membuatkan sembang berkumpulan menggunakan Messenger lebih teratur berbanding sebelum ini.

Yang pertama diperkenalkan oleh Facebook adalah kebolehan untuk seseorang pentadbir mengesahkan penyertaan seseorang pengguna baru dalam sembang berkumpulan – sebelum mereka dapat berkomunikasi dengan pengguna lain. Tetapan ini boleh diaktifkan, atau dimatikan oleh pentadbir berkenaan.

Disamping itu, kini pautan khusus untuk menyertai sesuatu sembang berkumpulan boleh dijana, sekaligus memudahkan anda menjemput rakan-rakan lain menyertainya dan bersembang antara satu sama lain.

Bagi anda yang mempunyai beberapa tetingkap sembang berkumpulan dibawah Messenger, mungkin boleh mencuba ciri-ciri baru ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd