Kajian Terkini Mendapati Masalah Cetak Rompak Semakin Meningkat Pada Tahun 2017

Kajian Terkini Mendapati Masalah Cetak Rompak Semakin Meningkat Pada Tahun 2017

Diterbitkan pada Mac 21, 2018 oleh .

Dengan wujudnya perkhidmatan penstriman video dan muzik pada harga yang agak mampu milik, ramai mungkin merasakan masalah cetak rompak semakin berkurangan sejak kebelakangan ini. Tetapi menurut kajian MUSO yang menjejak pelawat laman cetak rompak dunia, tahun lalu jumlah pelawat mencecah 300.2 bilion. Ini adalah peningkatan sebanyak 1.6% berbanding tahun 2016.

Jenis cetak rompak paling popular masa kini adalah dalam bentuk perkhidmatan penstriman secara haram (53%) manakala selebihnya adalah dalam bentuk laman Torrent dan muat turun secara terus. Bahan yang paling kerap dicetak rompak pula ialah siri TV dengan 106.9 bilion diikuti pula oleh muzik (73.9 bilion) dan akhir sekali filem (53.2 bilion). Cetak rompak menggunakan telefon pintar juga kini mencecah 52%. Tetapi di dalam kategori cetak rompak kandungan muzik ia mencecah 87%.

Apa yang membimbangkan ialah data yang dikumpul MUSO adalah hanya menerusi kajian lawatan ke laman web yang menawarkan kandungan cetak rompak. Mereka tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan penstriman menggunakan set top box seperti KODI. Besar kemungkinan masalah cetak rompak semasa adalah lebih serius. Sepuluh negara dengan jumlah pencetak rompak tertinggi pula adalah seperti berikut.

  1. Amerika Syarikat (27.9 bilion)
  2. Kesatuan Eropah (20.6 bilion)
  3. India (17 bilion)
  4. Brazil (12.7 bilion) visits
  5. Turki (11.9 bilion)
  6. Jepun (10.6 bilion)
  7. Perancis (10.5 bilion)
  8. Indonesia (10.4 bilion)
  9. Jerman (10.2 bilion)
  10. United Kingdom (9.0 bilion)

Di United Kingdom pelbagai cara dilakukan bagi menangani masalah cetak rompak. Tahun lalu pemilik hak cipta intelek Liga Perdana Inggeris dibenarkan menghalang akses internet kepada individu yang menawarkan perkhidmatan penstrimanĀ  perlawanan bola sepak secara haram. Spotify pula mengambil langkah drastik menggantung akaun pengguna yang dipercayai melanun perkhidmatan Premium mereka.

Sumber MUSO melalui Torrentfreak


TIPS & ULASAN