Cari @ Amanz

Penjenamaan adalah penting dalam sesuatu perniagaan, dan pelbagai jenis muka-taip digunakan oleh sesuatu jenama untuk mempersembahkan imej syarikat mereka. Netflix turut tidak ketinggalan dan kini hadir dengan muka-taip tersendiri dinamakan Netflix Sans.

Netflix Sans

Sebelum ini, Netflix lebih menggunakan muka-taip Gotham. Namun, disebabkan oleh kos perlesenan yang tinggi, kini Netflix mengambil langkah untuk membangunkan muka-taip tersendiri mereka.

Netflix Sans

Netflix Sans akan mula digunakan oleh pihak Netflix pada perkhidmatan mereka selepas ini. Buat masa ini, muka-taip ini masih tidak ditawarkan kepada pengguna lain untuk dimuat-turun dan digunakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd