Pepijat Pada iOS Membolehkan Siri Membaca Kandungan Mesej Walaupun iPhone Terkunci

Pepijat Pada iOS Membolehkan Siri Membaca Kandungan Mesej Walaupun iPhone Terkunci

Diterbitkan pada Mac 22, 2018 oleh .

Akhir-akhir ini, pelbagai pepijat baru yang ditemui pada iOS, dan terkini, pepijat baru ditemui oleh Mac Magazine yang membolehkan Siri mengakses dan membaca kandungan mesej walaupun sesuatu iPhone berkenaan terkunci.

Seperti ramai sedia maklum, pada iOS terkini, pengguna boleh membuat tetapan supaya notifikasi yang diterima tidak dipaparkan atau dipra-lihat sekiranya iPhone dalam keadaan terkunci. Langkah ini adalah bertujuan untuk memberikan lebih privasi kepada pengguna, dan supaya ia tidak diakses atau dibaca oleh mereka yang tidak berkenaan.

Namun, pepijat pada iOS ini, ia membolehkan pengguna menggunakan Siri untuk membaca kandungan mesej yang diterima – walaupun ia tidak dipaparkan pada skrin. Pepijat ini memberikan kesan kepada pelbagai perkhidmatan permesejan seperti WhatsApp, Telegram dan sebagainya – tetapi kecuali iMessage. Untuk iMessage, Siri akan meminta anda nyah-kunci iPhone berkenaan terlebih dahulu.

Pepijat ini dilihat turut terdapat pada iOS 11.3 versi beta, sekaligus memberikan petanda yang mana ia masih tidak diatasi sehingga hari ini.


TIPS & ULASAN