Kini Anda Boleh Menambah Pautan Ke Profil Lain Dan Tagar Pada Profil Instagram Anda

Kini Anda Boleh Menambah Pautan Ke Profil Lain Dan Tagar Pada Profil Instagram Anda

Diterbitkan pada Mac 22, 2018 oleh .

Instagram sedia popular dengan penggunaan tagar (tanda-pagar / hashtag) untuk menandakan sesuatu perkara – daripada topik, kepada minat dan sebagainya. Hari ini, setelah sekian lama dinantikan, pihak Instagram kini menambah ciri menambah tagar dan juga pautan ke profil lain terus pada profil seseorang pengguna di Instagram.

Instagram Profil

Sebelum ini, pengguna sedia boleh menambah tagar dan juga petanda kepada profil lain (seperti bekerja di sesuatu jenama dan sebagainya), namun, ia tidak boleh diklik dan ia tidak berfungsi sebagai pautan. Hal berkenaan berubah melalui kemaskini baru yang mula diperkenalkan hari ini.

Kemaskini baru ini mungkin akan serba-sebanyak membantu peniaga atas-talian, atau mereka yang terlibat dalam promosi atas-talian dan sebagainya dalam mempersembahkan profil mereka dengan lebih baik kepada pengikut dan sebagainya.

Instagram Tagar


TIPS & ULASAN