Cari @ Amanz

Beberapa hari lepas kami laporkan kemaskini Android Oreo 8.1 untuk Pixel XL mempunyai pepijat yang mengakibatkan pengecasan arus berlebihan. Isu ini membuat pengguna berasa risau akan peranti mereka jika rosak.

Semalam, John McNulty iaitu Ketua Kejuruteraan Keselamatan dan Pematuhan Google untuk Perkakasan Pengguna Google sedar akan isu ini dan menjanjikan kemaskini bakal hadir dalam masa terdekat.

Menurut beliau juga, ujian yang dijalankan oleh jurutera keselamatan mereka telah mengesahkan bahawa pengecasan arus berlebihan ini juga akan berlaku ketika penggunaan biasa dan tidak akan mendatangkan masalah. Di samping itu, Pixel XL juga direka dengan pelbagai lapisan perlindungan keselamatan untuk mengelakkan isu seperti ini berlaku.

Beliau kemudian menambah fakta mengenai Pixel XL:

  1. Pixel XL turut direka untuk menerima arus pengecasan yang lebih daripada yang telah ditetapkan.

  2. Pixel XL dan bateri keduanya mempunyai lapisan perlindungan untuk mengelak daripada isu memanas.

  3. Pengecas asli Pixel XL atau pengecas pihak ketiga yang mengikut piawaian keselamatan industri (UL atau yang lain), mempunyai perlindungan arus berlebihan.

Pengguna-pengguna Pixel XL boleh sabar dan nantikan kemaskini ini tidak lama lagi. Sementara menunggu kemaskini ini, gunakan pengecas asli atau pengecas yang menyokong USB-PD.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd