LG V30 Plus adalah LG V30 dengan storan dalaman 128GB. Ia dijana dengan cip pemprosesan Snadragon 835 dan memori sebesar 4GB RAM. Seperti pelbagai peranti kelas utama LG yang lain, LG V30 Plus turut hadir dengan dwi-kamera dibahagian belakang yang mengabungkan penggunaan satu lensa asas, dan satu lensa rakaman sudut lebar.
Terkini, bersempena dengan ulang tahun ke-30 manga JoJo’s Bizarre Adventure, LG kini melancarkan LG V30 Plus edisi terhad bertemakan manga ini dengan nama JOJO L-02K. Berbeza dengan LG V30 Plus, versi manga ini menggunakan Android Oreo dan bukannya Nougat.
LG V30 Plus edisi terhad ini juga mempunyai warna seperti putih krim dengan rekaan watak manga di bahagian kerangka belakang. Peranti ini juga mempunyai kandungan khas seperti tema, gambar latar dan juga kamera AR yang membenarkan pengguna mengambil gambar bersama dengan watak dalam manga ini.
LG V30 Plus edisi terhad ini hanya ditawarkan sebanyak 10,000 unit sahaja, dan ditawarkan di Jepun sahaja. Tiada perancangan untuk pengenalan diluar Jepun buat masa ini.