Edifier Melancarkan Pembesar Suara Edifier S880DB – Hadir Dengan Sokongan Untuk Hi-Res Audio

Edifier Melancarkan Pembesar Suara Edifier S880DB – Hadir Dengan Sokongan Untuk Hi-Res Audio

Diterbitkan pada Mac 22, 2018 oleh .

Penggemar muzik yang benar-benar serius mengenai hobi mereka biasanya akan membelanjakan wang yang cukup banyak untuk peranti-peranti seperti pemain audio, DAC (Digital-to-Analog Converter), fon kepala dan sebagainya.

Terkini, Edifier, pembuat peranti audio yang cukup popular baru sahaja mengumumkan pembesar suara terbaru mereka yang dinamakan Edifier S880DB yang hadir dengan sokongan untuk HiRes Audio.

Pembesar suara ini dilengkapi dengan tweeter 19mm yang dilapisi logam titanium dan diafragma bass yang diperbuat daripada logam. Rangka pembesar suara ini juga diperbuat daripada aluminum, yang membolehkan bunyi audio dialirkan dengan lebih kuat, disamping mengurangkan getaran pembesar suara tersebut.

Edifier S880DB juga hadir dengan pelbagai jenis input, termasuklah Bluetooth 4.1, USB, sambungan 3.5mm, sambungan optikal, coaxial dan juga RCA. Tidak kira apa pun peranti yang ingin anda sambungkan kepada pembesar suara ini, ia hadir dengan semua pilihan sambungan yang anda perlukan.

Dalam pada itu, Edifier S880DB juga dilengkapi dengan amplifiernya sendiri, jadi anda tidak perlu risau mengenai kekuatan audio pembesar suara ini. Pembesar suara ini juga kini sudahpun hadir di Amazon pada harga £256 (RM1417).


TIPS & ULASAN