LineageOS Mengumumkan LineageSDK Untuk Pembangun

LineageOS Mengumumkan LineageSDK Untuk Pembangun

Diterbitkan pada Mac 22, 2018 oleh .

Sejak CyanogenOS dibubarkan dari kumpulan Cyanogen, mereka menubuhkan kumpulan mereka tersendiri LineageOS. LineageOS adalah custom ROM Android yang mempunyai banyak pilihan pengubahsuaian.

Semasa zaman CyanogenOS, custom ROM yang dihasilkan adalah pantas dan banyak peranti yang menerima sokongan rasmi. Sejak LineageOS dimulakan, custom ROM yang dihasilkan semakin perlahan dan peranti yang disokong secara rasmi berkurangan. Perkara ini disebabkan LineageOS ingin fokus kepada penstabilan sistem operasi dan juga barisan kod Android terkini mempunyai banyak halangan pengubahsuaian.

Tujuan mereka melancarkan LineageSDK adalah ingin memudahkan para pembangun berasa seronok dalam membina custom ROM. LineageSDK ini juga ingin memberikan jaminan pembangunan aplikasi oleh pembangun tidak akan tergantung atau mempunyai masalah kerana API Android yang makin sukar dikodkan dan juga sokongan jika perkakas peranti mempunyai masalah.

LineageSDK ini sudah pun hadir dan akan dimasukkan dalam barisan kod mingguan LineageOS 15.1. LineageSDK terbaru ini menggunakan versi API 9, Ilama  dan mempunyai banyak sokongan dalam pembinaan aplikasi mahupun custom ROM.


TIPS & ULASAN