Huawei kini bukan lagi jenama yang asing dalam arena telefon pintar. Terkini, hadir laporan baru mengatakan Huawei bakal membangunkan sebuah telefon pintar yang dilengkapi kebolehan menjalankan aplikasi berasaskan rantaian-blok. Menurut Bloomberg, Huawei dalam perbincangan untuk melesenkan Sirin OS untuk digunakan pada peranti mereka.
Untuk makluman, Sirin Labs membangunkan Sirin OS yang menjalankan aplikasi berasaskan rantaian-blok pada sistem operasi Android. Sebelum ini, Sirin Labs sedia hadir dengan beberapa penawaran telefon pintar dengan fokus terhadap integrasi sokongan rantaian-blok dan sekuriti yang lebih baik.
Dengan teknologi rantaian-blok, sebelum ini Sirin menggunakannya dalam pemindahan antara peranti yang lebih selamat, integrasi dompet kriptowang, komunikati dua hala yang lebih selamat, dan beberapa penawaran tambahan lain.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah rancangan Huawei dalam arena ini,dan bagaimanakah mereka akan mengintegrasikannya pada telefon pintar mereka.
https://twitter.com/sirinlabs/status/969232380128088064