Cari @ Amanz

Salah satu perkara yang cukup menjengkelkan apabila saya melayar laman web ialah iklan video yang dimainkan secara automatik. Masalah disini ialah ia selalunya hadir dengan bunyi yang cukup kuat, dan ini mendatangkan masalah terutamanya jika anda sedang melayar web di pejabat ataupun kawasan terbuka.

Pelayar web Google Chrome nampaknya bakal menyelesaikan masalah ini dengan ciri terbaru mereka, iaitu menghalang iklan-iklan ini dari dimainkan secara automatik. Melalui Chrome 64 sebelum ini, Chrome sudahpun hadir dengan ciri yang membolehkan pengguna menghalang beberapa laman web daripada memainkan iklan secara automatik.

Dengan pelayar web Chrome 66 yang akan datang, perisian tersebut akan menetapkan beberapa syarat sebelum sebarang iklan boleh ditunjukkan pada mana-mana laman web secara automatik. Syarat-syarat ini termasuk:

  • Iklan autoplay tidak mengandungi audio, ataupun audionya dipadamkan apabila dimainkan
  • Pengguna haruslah menekan butang untuk memainkan audio iklan tersebut
  • Laman web yang hadir dengan iklan autoplay tersebut haruslah dipinkan ke Home Screen sebelum ia boleh dimainkan secara automatik
  • Pengguna haruslah memainkan media dengan banyak pada laman web yang dilawat tersebut

Chrome 66 dikatakan kini masih berada di fasa beta, dan versi stabil akan dilancarkan tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd