Sokongan ARCore Untuk Samsung Galaxy S9 Dan S9+ Akan Hadir Dalam Masa Terdekat

Sokongan ARCore Untuk Samsung Galaxy S9 Dan S9+ Akan Hadir Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan pada Mac 22, 2018 oleh .

ArCore adalah kit pembangunan untuk bermain dengan AR pada peranti Android. Ia adalah saingan Google kepada Apple ARKit. Akan tetapi sewaktu awal pelancaran hanya 13 peranti terpilih sahaja dan kesemua peranti ini adalah peranti di kelas utama.

Melalui bebenang Permintaan Sokongan Peranti ARCore di Github, sokongan ARCore untuk Galaxy S9 dan S9 Plus dalam beberapa minggu lagi.

Jika ARCore sudah diaktifkan pada kedua peranti terkini Samsung ini, pengguna boleh mula mencuba aplikasi Just-A-Line untuk melukis dalam bentuk 3D, mencuba aplikasi AR Ikea ataupun mencuba 85 aplikasi berasaskan ARCore yang sudah berada dalam Google Play Store.


TIPS & ULASAN