Samsung Galaxy S9 Kini Boleh Didapati Pada Harga RM2899 Untuk Tempoh Terhad

Samsung Galaxy S9 Kini Boleh Didapati Pada Harga RM2899 Untuk Tempoh Terhad

Diterbitkan pada Mac 22, 2018 oleh .

Samsung Galaxy S9 baru sahaja dilancarkan pada minggu lepas pada harga bermula RM3299. Menariknya, kini, untuk tempoh terhad, pihak Shopee menawarkan Galaxy S9 pada harga diskaun, sekaligus membolehkan anda mendapatkannya pada harga RM2899.

Samsung Galaxy S9

Samsung Galaxy S9 hadir dengan skrin 5.8-inci dengan paparan Quad HD+, dilengkapi cip Exynos 10nm, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Ia turut hadir dengan kamera belakang 12-megapixel OIS yang menawarkan bukaan boleh-laras antara (F/1.5 atau F/2.4). Untuk rakaman selfie, ia hadir dengan kamera hadapan 8-megapixel F/1.7.

Galaxy S9 turut menyertakan bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari dibelakang, sokongan kalis air, dan bateri berkapasiti 3000mAh.

Bagi anda yang berkira-kira untuk mendapatkan Galaxy S9 dengan storan 64GB ini pada harga RM2899 melalui Shopee hari ini.

Samsung Galaxy S9 Shopee

Beli : Samsung Galaxy S9 di Shopee


TIPS & ULASAN