AeroMobil Memperlihatkan Konsep Kereta Terbang Dengan Kemampuan Terbang Dan Mendarat Secara Menegak

AeroMobil Memperlihatkan Konsep Kereta Terbang Dengan Kemampuan Terbang Dan Mendarat Secara Menegak

Diterbitkan pada Mac 22, 2018 oleh .

Tahun lalu AeroMobil melancarkan kereta terbang mereka. Kereta empat roda ini mempunyai sepasang sayap yang boleh dilipat apabila tidak digunakan. Ia terbang seperti sebuah pesawat konvensional yang memerlukan landasan yang panjang. Hari ini mereka memperlihatkan konsep kereta terbang terkini dengan kemampuan terbang dan mendarat secara menegak (VTOL)

AeroMobil 5.0 VTOL mempunyai dua motor elektrik pada hujung setiap sayap yang memberikan tujahan ke bawah untuk terbang dan mendarat secara menegak. Apabila mencapai tahap ketinggian yang dikehendaki, sebuah motor elektrik yang dipasang pada sebuah kipas penolak akan memberikan tujuhan mendatar untuk terbang seperti kapal terbang.

AeroMobil 5.0 VTOL mampu membawa empat orang penumpang dengan kemampuan swaterbang. Buat masa ini ia masih lagi konsep dengan sasaran memulakan operasi dalam masa sepuluh tahun.


TIPS & ULASAN