Sharp Melancarkan Aquos S3 Mini Dengan Skrin Bertakuk Dan Dijana Snapdragon 630

Sharp Melancarkan Aquos S3 Mini Dengan Skrin Bertakuk Dan Dijana Snapdragon 630

Diterbitkan pada Mac 22, 2018 oleh .

Sharp adalah antara jenama pertama yang memperkenalkan telefon pintar Android dengan rekaan bingkai nipis dalam keluarga Aquos. Mereka turut tidak ketinggalan dalam mengikuti trend skrin bertakuk dengan melancarkan Aquos S2 pada tahun lepas.

Di China, Sharp melancarkan Aquos S3 Mini iaitu telefon pintar Android dengan skrin bertakuk, rekaan premium dengan panel belakang kaca 2.5D, janaan cip pemprosessan Snapdragon 630, skrin FHD+, memori sebesar 6GB RAM, storan dalaman 64GB dengan sokongan kad mikro-SD dan juga bateri berkapasiti 3020mAH.

Kamera yang digunakan pula adalah 16MP f/2.0 untuk kamera belakang, kamera swafoto pada takuk sebesar 20MP dengan sokongan kecerdasan buatan dan juga kebolehan nyahkunci menggunakan wajah selaju 0.1 saat. Aquos S3 Mini ini masih dijalankan dengan Android Nougat 7.1.1 dengan antaramuka Sharp tersendiri Smile UX.

Sharp Aquos S3 Mini menawarkan warna Hitam, Biru dan Emas. Ia mula dijual secara dalam talian di China melalui Jingdong Mall dengan harga hanya RMB1599 (~RM989).


TIPS & ULASAN