Kerajaan Dalam Perbincangan Bersama Syarikat E-Dagang Antarabangsa Untuk DFTZ

Kerajaan Dalam Perbincangan Bersama Syarikat E-Dagang Antarabangsa Untuk DFTZ

Diterbitkan pada Mac 22, 2018 oleh .

Pada tahun lepas, kerajaan telah melancarkan DFTZ (Digital Free Trade Zone) yang menawarkan akses dan kemudahan untuk menjalankan perniagaan atas-talian, termasuk dari segi logistik dan sebagainya. Hari ini, bercakap mengenainya, kerajaan mengatakan mereka dalam perbincangan bersama beberapa syarikat e-dagang antarabangsa untuk menyertai DFTZ di Malaysia.

DFTZ

Buat masa ini, hanya Alibaba yang telah menyatakan sokongan – termasuk digunakan oleh Lazada dan sebagainya. Dengan perbincangan dengan syarikat e-dagang antarabangsa, kita mungkin akan melihat lebih banyak produk ditawarkan untuk pengguna tempatan – selain memperkembangan arena e-dagang bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di rantau Asia Tenggara.

Dengan pengumuman perkara ini, semestinya salah satu perkara yang menjadi tanda tanya adalah berkenaan adalah kita akan melihat perkhidmatan e-dagang Amazon turut ditawarkan di Malaysia. Pihak kerajaan tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan hal berkenaan, dan mengatakan kerajaan akan membuat pengumuman lanjut mengenainya dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN