Carian
Instagram Tidak Lagi Akan Segar-Semula Paparan Garis-Masa Secara Automatik
March 23, 2018 Aman

Pada aplikasi Instagram hari ini, ia menjadi kebiasaan untuk latar paparan pada halaman utama untuk disegar-semula secara automatik apabila anda membuka aplikasi berkenaan – sekaligus anda mungkin terlepas pandang beberapa perkongsian daripada rakan-rakan lain.

Mengenal pasti masalah berkenaan, Instagram mengumumkan yang mana kini mereka memulakan sebuah ujian baru yang mengelak segar-semula paparan feed secara automatik.

Sebaliknya, Instagram akan menambah sebuah butang khusus dinamakan “New Posts”, dimana anda akan perlu tekan pada butang berkenaan sebelum Instagram mengemaskini latar paparan, sekaligus memaparkan pelbagai perkongsian baru daripada rakan-rakan.

Instagram turut akan membuat perubahan algoritma dan memaparkan perkongsian yang lebih terkini pada bahagian atas, berbanding bentuk paparan pada hari ini yang sedikit rawak.

Instagram mengatakan mereka akan berkongsi perkembangan lanjut mengenai penambah-baikkan pada feed dalam bulan-bulan akan datang.

Komen