Pengguna Honor 8 Pro Mula Menerima Kemaskini Android 8.0 Oreo

Pengguna Honor 8 Pro Mula Menerima Kemaskini Android 8.0 Oreo

Diterbitkan pada Mac 23, 2018 oleh .

Menggunakan Honor 8 Pro? Minggu ini menyaksikan pengguna Honor 8 Pro di Malaysia telah mula menerima kemaskini Android 8.0 bersama-sama antaramuka EMUI 8.0, sekaligus menawarkan sejumlah ciri-ciri baru bersama-sama dengannya.

Melalui kemaskini bersaiz sekitar 2.85GB ini, ia menyertakan sejumlah perkara, termasuk Floating Navigation Dock yang baru untuk akses pantas, sokongan Picture-in-Picture, pengoptimasian enjin AI, kemaskini pada antaramuka, dan pengoptimasian lanjut pada sistem operasi berkenaan.

Bagi anda menggunakan Honor 8 Pro, anda boleh menyemak kemaskini pada peranti anda, dan memulakan proses naik-taraf ke Android 8.0 Oreo hari ini.


TIPS & ULASAN