SPAD Akan Menawarkan Aplikasi Dengan Data Masa-Nyata Untuk Pengangkutan Awam Tidak Lama Lagi

SPAD Akan Menawarkan Aplikasi Dengan Data Masa-Nyata Untuk Pengangkutan Awam Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mac 23, 2018 oleh .

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kini dalam perancangan untuk memperkenalkan sebuah aplikasi baru khusus untuk pengguna di Lembah Klang, dinamakan sebagai Journey Planner. Melalui aplikasi berkenaan, ia akan menyediakan sejumlah data masa-nyata untuk pengangkutan awam, sekaligus akan menjadi salah satu inisiatif dalam mengalakkan pengguna menggunakan pengangkutan awam.

Aplikasi ini akan menyediakan beberapa ciri-ciri menarik, termasuk membolehkan pengguna mengetahui jumlah tambang dan masa yang akan diperlukan untuk dari satu lokasi ke destinasi yang ingin dituju. Disamping itu, ia turut akan mengintegrasikan data masa-nyata daripada pengendali bas, keretapi dan sebagainya – sekaligus memudahkan pengguna mengetahui masa perjalanan dan membuat perancangan menggunakan pengangkutan awam.

Selain daripada aplikasi, SPAD juga dijangka akan menawarkan data yang sama melalui web mereka tidak lama lagi.

Aplikasi ini pada awalnya dijangka untuk dilancarkan pada 2017 lepas, namun kini ia disasarkan untuk diperkenalkan pada suku kedua 2018 ini.


TIPS & ULASAN