Cari @ Amanz

Telegram hari ini berkongsi statistik semasa berkenaan dengan pengguna perkhidmatan permesejan berkenaan, mengatakan kini Telegram Messenger digunakan oleh lebih 200 juta pengguna aktif setiap bulan.

Telegram Messenger sebelum ini telah dilancarkan pada 2013 yang lepas, dan sejak daripada itu, ia telah mempunyai angka pengguna dan peminatnya tersendiri. Perkhidmatan permesejan ini masih ditawarkan secara percuma, tanpa sebarang pengiklanan atau keperluan membayar sehingga kini.

Telegram 200 Juta

Ia juga menawarkan sokongan untuk menggunakannya pada multi-peranti tanpa masalah, dan pengguna boleh menggunakannya serentak pada telefon pintar, komputer dan sebagainya. Telegram turut menggunakan sokongan menyimpan data melalui awan, sekaligus mengelak keperluan untuk anda membuat salinan pendua setiap hari seperti beberapa perkhidmatan permesejan yang lain.

Dengan pencapaian angka 200 juta pengguna aktif ini, kita mungkin akan melihat pihak pembangun Telegram terus aktif memperkenalkan sejumlah ciri-ciri baru pada perkhidmatan permesejan berkenaan pada bulan-bulan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd