Pemproses Exynos 9610 Diumumkan Dengan Kemampuan Rakaman 1080P 480FPS

Pemproses Exynos 9610 Diumumkan Dengan Kemampuan Rakaman 1080P 480FPS

Diterbitkan pada Mac 23, 2018 oleh .

Pada peranti Android, pemproses Exynos 9810 ialah yang paling berkuasa tahun ini dengan mudah memintas kemampuan Snapdragon 845. Ia digunakan di dalam Samsung Galaxy S9 dan S9+. Kemampuan rakaman gerak perlahan pada kadar yang tinggi mampu dilakukan pemproses di dalam keluarga Exynos 9 ini.

Hari ini Samsung mengumumkan pemproses baru Exynos 9610. Walaupun mempunyai angka sembilan di dalam namanya, ia adalah pemproses di dalam keluarga Exynos 7 untuk kegunaan peranti kelas pertengahan.

Exynos 9610 dilengkapi empat teras Cortex A73 pada kelajuan 2.4GHz dan empat lagi teras Cortex A54 pada kelajuan 1.6GHz. Cip grafik yang digunakan pula ialah Mali -G72MP3. Ia dihasilkan menggunakan teknik pemproses FinFET 10nm. Dari segi kemampuan video pula ia menyokong rakaman 4K 120FPS dan 1080P 480FPS. Pemproses ini akan mula dihasilkan pada suku kedua 2018.


TIPS & ULASAN