Cari @ Amanz

Perkembangan arena internet membawa kepada pelbagai perkara yang boleh diakses oleh ramai pengguna seluruh dunia dengan mudah, tidak kira informasi, tetapi juga kemudahan mendapatkan barangan dan sebagainya. Namun, salah satu perkara yang masih membezakan pengguna seluruh dunia adalah dari segi penggunaan mata wang.

Bercakap mengenainya, kini pengasas Twitter, Jack Dorsey mengatakan yang mana kelak dalam tempoh sedekad akan datang, kita mungkin akan melihat penggunaan satu mata wang sejagat oleh semua pengguna seluruh dunia.

Jack Dorsey

Hal ini akan memudahkan pelbagai transaksi, sekaligus mempercepatkan pemindahan dan sebagainya tanpa keperluan mengambil-kira perbezaan nilai mata wang dan sebagainya.

Penggunaan mata wang sejagat ini dijangka berasaskan kepada kriptowang, dan dengan populariti Bitcoin, ia mungkin akan menjadi salah satu mata wang sejagat yang menjadi pilihan ramai.

Tetapi, dengan pelbagai pilihan kriptowang hari ini, ia sekaligus membuka kepada pelbagai kemungkinan untuk berlaku dalam tempoh 10 tahun akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd