Aplikasi Files Go Dikemaskini Dengan Sistem Carian Lebih Pintar Dan Pantas

Aplikasi Files Go Dikemaskini Dengan Sistem Carian Lebih Pintar Dan Pantas

Diterbitkan pada Mac 23, 2018 oleh .

Jika anda menggunakan peranti Android, aplikasi Files Go ialah aplikasi yang kami sarankan anda menggunakannya. Ia merupakan salah satu aplikasi pengurusan fail, memudahkan anda mengosongkan ruangan pada telefon pintar, selain membolehkan anda menghantar dan menerima fail daripada peranti lain.

Sejak dilancarkan pihak Google mengambil input dari pengguna tentang fungsi yang paling diperlukan. Hari ini tiga fungsi baru diperkenalkan dalam versi terkini Files Go. Pertama sekali ialah sistem carian yang lebih pintar dan pantas. Mencari fail di dalam peranti adalah semudah menggunakan carian Google pada pelayar web. Terdapat beberapa penuras yang akan memperincikan carian dan ia mengingati carian-carian terdahulu.

Aplikasi turut memaparkan lokasi fail yang mempunyai  di dalam peranti. Sebelum ini ia hanya memaparkan kewujudan fail pendua. Dengan maklumat lokasi fail, pengguna akan lebih mudah memilih fail pendua mana yang harus dipadam.

Akhir sekali ia kini berfungsi segerak dengan Google Photos. Apabila mengesan gambar yang telah dimuat naik ke storan awanan, ia akan menyarankan gambar yang boleh dipadam bagi menambah ruang storan di dalam peranti.

Muat turun aplikasi Files Go dari Play Store


TIPS & ULASAN